Monday, January 31, 2011

Syukur...Alhamdulillah...

Salam...

Syukur ke hadrat Ilahi dimurahkan rezeki. Hari ini saya terima dua (2) berita gembira. Sungguh tak sangka. Yang sangka tak dapat rupanya dapat dan sebaliknya. 

Dah dapat dua (2) gembira nih sukar untuk buat keputusan kan. Satu dapat yang jauh dan satu yang dekat. Tapi saya dah ada kata putus. InsyaAllah keputusan tersebut adalah tepat dan terbaik untuk diri saya. Semoga dipermudahkan segala urusan olehNya. Amin Ya Rabb. 


Sedia untuk belajar dan menuntut ilmu baru. Tapi agak takot. InsyaAllah sume akan okei dan okei. 


Wassalam...

 

Sunday, January 30, 2011

.....lagi.....lagi dan lagi....

Salam...

Tak abis yang jauh, kali ini yang dekat pula. Penat. Tapi wajib pergi. Semoga dipermudahkan segala urusan. Harap rezeki menyebelahi saya kali.
Usaha + Doa + Tawakkal

InsyaAllah. Jalaninya dengan tenang. Amin.
Mengharapkan yang terbaik. Mama dan abah doakan elin ye.


Wassalam...

Friday, January 28, 2011

Berkenal - kenalan ngan bakal sedara mara .

Salam...

Kisah bulan Disember tahun lalu juga, waktu kenduri-kendara kak eQa. Hehehe. Masa ni lah saya berkenal-kenalan dengan sedara mara belah mak en ekal. Sebelum ni dah kenal juga dengan sedara abah beliau. Alhamdulillah saya disambut baik oleh ahli keluarga beliau. Wahh. Terharu sangat. Lagi-lagi dengan sepupu-sepupu beliau. Best !

 Entah bila akan jumpa mereka lagi. InsyaAllah panjang umur ketemu lagi. Ke time cik elin&en ekal kawen. Hehehe. Sekarang nih, mulut suka sebut, jari suka taip word KAWEN je. Biasa lah umur dah makin meningkat, kawan-kawan pon ramai dah yang kawen dan akan berkawen. Yang dah ada baby pon ramai. Kan en ekal. InsyaAllah jodoh berpanjangan. Doakan kami. Amin.

Dah masuk topik lain dah tu cik elin oiii. Hihihi. Banyak pic kenang-kenangan kami bersama tempoh hari. 

Pictas kami KL - PUTRAJAYA - SHAH ALAM ;











1) Cik elin bersama Kak eQa.
2) En ekal bersama baby Julita Aisyah (comelkan nama baby).
3) Cik elin bersama Iylia (adik en ekal no 3).
4) Cik elin bersama Lela (adik bongsu en ekal).
5) Tok Wan (Atok en ekal).
6) Cik elin bersama Jehaa (sepupu en ekal, now, tgh berchit-chat ngan beliau).
7) Kami kat Times Square.
8) Kami kat i-City.

Banyak lagi picta kami. Boleh tengok kat facebook saya ye. Ehee. Sangat gumbira kenal dengan sedara mara en ekal. Baik-baik belaka. Tapi sifat malu saya tetap ada. Uhukss. Wahwahwah. Sungguh rajin cik elin berblogging ye. Well... Hihihi. 


Wassalam...
 

Kak eQa & Abg hairul :)

Salam...

Selamat Pengantin Baru buat pasangan kak eQa & abg hairul yang selamat diijabkabulkan pada 111210. Dah sebulan lebih bergelar husband&wife. Tahniah :)

Elin doakan semoga berbahagia hingga ke syurga. Amin.

Oh... Kak eQa ni sebenarnya kakak kepada en Ekal (cinta saya). Ehehe. Kakak dah selesai, adiknya bila ye? Hihihi.

Sangat sesuai pasangan mempelai nih. Lawa dan hensem. Majlis kenduri-kendara mereka berlangsung pada 25&26 Disember tahun lalu. Sungguh meriah kedua-dua majlis. Cik elin pon turut menjadi tuan rumah, tolong apa yang patut.

Sebenarnya sama saje suasana kenduri di bandar (KL) dan di kampung (Klate). Cuma ada sket beza. Saya dah ada kedua pengalaman bersuasana 'bekwoh' nih. Waawee. Part saya suka, PELAMIN lah. Hihihi. Tak ape lah. Pengalaman untuk diri sendiri kan. Best!

KAK EQA & ABG HAIRUL ;




Comelkan kedua-dua pelamin dan baju pengantin tu. Saya suka. Tak sempat nak amek berkat (duk atas pelamin) sebab bukan umah sendiri. Malu. Ehehe.
Sudah berangan untuk pelamin sendiri. Lalala. 


Wassalam...

Di hari kejayaan 061110 .

Salam...

Alhamdulillah. Saya panjatkan kesyukuran pada Yang Esa.

Selesai sudah pengajian untuk peringkat Ijazah pada Mei tahun lalu. Bulan November 2010 baru-baru ini saya sudah pon bergraduasi bersama-sama rakan seperjuangan. Rasa gembira tak terkata. Bukan mudah lalui hari-hari sebagai seorang pelajar. SUKAR tapi SERONOK. Tak akan saya lupakan memori indah ini. 
 
Akan rindu jua :
ASSIGNMENT PRESENTATION QUIZ TEST FINAL EXAM 
Yang paling tak akan lupa, bila nak check RESULT. Kan kawan-kawan? ;)
Btw, CONGRATS untuk diri sendiri dan frens. Walaupon terlambat, tapi bermakna kan ucapan itu. 

Gambar kenangan di hari tersebut ;






Hadiah yang sangat berharga buat mama dan abah. Tima kasih yang tak terhingga atas sokongan, dorongan, tunjuk ajar, nasihat dan sebagainya. 

Sekarang saya sudah pon bekerja di sebuah syarikat swasta kat Kota Bharu nih. Alhamdulillah tak lama sangat saya duk makan tido kat umah, saya diterima keje. Lebih kurang 7 bulan saya bersama syarikat ni. Pengalaman pon nak kata banyak tak lah sangat, cuma jadi asset untuk apply keje yang lebih bagus. InsyaAllah. Doakan yang terbaik. Amin. 


Wassalam..


 

Salam .

Setelah sekian lama tak update blog tercinta. Muncul juga cik elin arini ye. Saya xde lah bz cuma ada malas sedikit saje. Uhuksss :)

Akan saya story mory kisah :
1) Hari Kejayaan di PICC.
2) Hari Perkahwinan Kak eQa & Abg Hairul (kakak kepada en Ekal)
3) Hari suka-suki bersama sedara mara en Ekal.
4) Lain-lain cerita. Hihihi.

Wahwahwah cik elin. Banyaknya nak bercerita ceriti. Al maklumlah lama sudah saya bermalas-malasan. Hehehe. Nanti saya kisahkan cerita okei.


Wassalam...