Sunday, June 19, 2011

Selamat hari bapa Abah .

Salam...

Ahad - 19 Mei 2011
Hari Bapa Sedunia.

Selamat Hari Bapa buat abah tercinta. Semoga dipanjangkan umur, murah rezeki serta mendapat keredhaan Allah SWT selalu. Amin. 
Love abah so much!!!!

Terima kasih atas dorongan, tunjuk ajar, nasihat, teguran, semangat, pengorbanan dan segalanya yang diberikan selamanya. Tak terbalas jasa abah dan mama juga. 
Mula hari ni sibuk la ye mama dan abah. Nak edarkan kad jemputan ke rumah sedara mara dan sahabat. Cik elin tak dapat ikut sebab jauh. Terima kasih sekali lagi. Elin doakan semua berjalan dengan lancar. InsyaAllah. Amin.


Wassalam...

Perutusan Raja Sehari l Syazlin & Heikal l

Salam...





Dengan penuh kesyukran kepada Allah SWT, sukacitanya saya dan pasangan menjemput dan mempersilakan rakan-rakan ke Majils Perkahwinan kami.

Semoga dengan kehadiran dan doa restu hadirin akan menyerikan lagi majlis kami dan dirahmati-Nya.

InsyaAllah. Amin Ya Rabb. 
Wassalam...

Friday, June 17, 2011

4minggu lagi nak jadi PUAN !

Salam...

Tak kurang sebulan lagi cik elin nak bertukar status. Sungguh cepat masa berlalu. Tak percaya. Tapi realiti. Persiapan so far, alhamdulillah. Tapi family kat kampung yang bertungkus-lumus. Cik elin kat sini bertanya khabar saje. Maklumlah jauh. Terima kasih buat family yang tersayang.
Ramai yang bertanya, 'cik elin dah ready ke nk jadi wife?' Jawapan nya, 'insyaAllah dah, cuma agak takot'. Tak tau kenapa makin dekat majlis makin takot pula. Mungkin persaan saje kan. En ekal dah ready nk jadi husband? Hehehe. Hope semua okei. Amin.

Dah hampir ke majlis dah. Cik elin nk 'tayang'lah pics prewed. Mungkin ramai yang dah tgk kt fb kan. Tak pe lah, tengok sini pula. Hihihi.

Comelkan fotografer edit dan snap pics. Nama pon fotografer. Hihihi. Tak sabar nak bergambar di hari bahagia nanti. Hehehe. Posing sampai penat. Janji kena pakai lawa-lawa. InsyaAllah.
Bila kad dah siap scan semua, cik elin update lagi ye. Kepada kawan-kawan yang dah bagi alamat terima kasih. Next week elin poskan. Mau beradu dulu penat. Balik keje tadi terus bertolak ke Melaka ;)


Wassalam...
 

Sunday, May 8, 2011

080511 - PreWed Shoot .

Salam...

 Harini shoot untuk prewed. Lokasi kat Putrajaya. Penat tapi seronok. Fotographer yang sungguh spotim. Shoot tak lama pon, 2 jam saje. Sebab cuaca sangat panas, jadi sangat penat. Tak puas posing. Tunggu wedding nanti lah. Leh snap banya-banyak. Tak sabar. Hehehe. 

En Ekal pon spotim hari ni. Biasa tak suka bergambar. Ni manis saje senyumannya. Hensem gitu. Uhuksss. Mood sekarang, tak sabar tunggu mereka edit pics tadi. Harapnya comel lah. Ucu pon ada snap guna nikon kami. Nanti cik elin upload bila dah bersedia ye. 

Posing 2 jam saje, tapi penat sampai malam. Sebab cuaca dan sebab pakai kasut tinggi. Hehehe. Rasa macam princess je. Jadi tumpuan ramai. Pakaian casual. Ingat nak pakai baju pengantin. Tapi tak sempat nak survey. Uhuksss.
Casual pon tak apa asalkan comel. Comel ke? Tunggu pics dari mereka okei. Tak sabar. Tunggu......... ;)


Wassalam...

Hanan acik makin comel .

Salam...

Sebulan dah kat Meru, Klang. Balik kampung sebulan lepas. Rindu anak sedara Haiyan dan Hanan. Haiyan selalu juga cakap-cakap melalui tepon. Hanan kecik lagi. Tengok pics saje. Comel acik tu pon dah masuk 2 bulan 5Mei lalu. Berat dah 6kg. Baru 2 bulan. Bulan depan acik balik bape kg pulak naik. 
Rindu nak sayang muah-muah dia, nak riba dia, nak peluk cium dia. Macam-macam lah. Rindu haiyan juga. Nak bawak pegi main buai. Bulan depan ye comel-comel acik balik. Sambil nak wat persiapan kawen.

 Bulat gotte tomey acik nih. Muuaahhh..

Selamat Hari Ibu juga buat Mommy Haiyan & Hanan, Kak Za. Jadikan mama sebagai idola untuk jadi ibu yang baik. Comel cam acik anak-anak anda. Hehehe. 

Okei, nanti cik elin update lagi ye. Mau keluar ke pasar malam jap. Mencari juadah makan malam. Lapar. Uhuksss.


Wassalam...

Selamat hari ibu Mama .

Salam...

Mei.... Hari Ibu & Hari Guru..

Sempena hari ibu ni, elin nak ucapkan Selamat Hari Ibu buat Mama tersayang lagi tercinta, Puan Hjh Che Zainun Binti Zakaria. Terima kasih atas segala pengorbanan, tunjuk-ajar, nasihat, teguran, kasih-sayang dan segalanya yang diberi selama 23tahun elin di muka bumi ini. Jasa mama elin tak akan lupakan sampai bila-bila. 

Elin doakan semoga mama juga abah dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki serta diredhai Allah SWT selalu. Amin. 

Bulan Julai ni nak jadi isteri En Ekal dah. Lagi jarang lah balik kampung. Raya pon tak setiap tahun beraya di Klate untuk 1 Syawal. Akan merindui mama. Uhuksss. Doakan elin berjaya dan bahagia selamanya. Amin.


 Love mama so much!!!!!!!

Tak ada pic bersama yang terbaru. Ni masa konvo degree November tahun lalu. Bulan Julai nanti banyak lah. Heheheh.
Wassalam..

Saturday, April 30, 2011

Selamat Pengantin Baru Puan Shema & En Nizam.

Salam...

Entri ni khas buat pengantin baru Shema dan suami. Moga berbahagia dan berkekalan hingga ke Syurga. Amin. Cepat-cepat dapat baby ye. Hehehe.
Esok dah sebulan ye Puan Shema bergelar isteri. Alhamdulillah. 





i ) Pic masa bertunang.

ii ) Hari bahagia mereka.

Semoga happy selalu ye. Hari bahagia kami jemput datang ye. 



Salam...
 

- 300411 -

Salam...

Last day untuk April 2011. Esok masuk bulan Mei. Minggu ni cuti sampai isnin. Sebab ganti untuk Hari Pekerja. Tapi tak dapat balik kampung. Sebab hari nih cik elin keje. Rindu family so much. Haiyan dan Hanan mesti rindu acik kan.........
Hari ni tak ada istimewa melainkan keluar makan-makan bersama bakal suami. Nasib baik en ekal ada kan. Kalo tak sunyi cik elin cuti 3 hari. Ingat nak ajak beliau ke Jalan TAR. Mau cuci mata. Hehehe. Boleh beli selendang banyak-banyak. Uhuksss.

 Smile ;)

Ngantok, mau beradu dulu. 
Salam...

Friday, April 29, 2011

2months 2weeks & 2days...

Salam...

Makin hari, makin hampir ke hari bahagia kami. Perasaan happy dan takot menguasai diri. Persiapan dah hampir 60%. Bulan depan balik kampung buat ape yang patut. Kesian mama dan abah kena uruskan hal nikah-kahwin saya. Tak terbalas jasa kalian.

Minggu ni sambung membeli apa yang belum cukup. Ntah bila nak cukup ni cik elin. Hehehe. Biasa lah selagi tak sampai majlis tu, selagi itu lah tak cukup. Uhuksss. Harap sume berjalan lancar. Amin. 


   


Salam...

Sunday, April 24, 2011

April...

Salam...

April dah kan? Dah nak sampai penghujungnya pon. Cepatnya masa berlalu. Oh bulan ni cik elin mula kerja tempat baru. Company jepun. Bos pun hensem. Hehehe. Sangat seronok di sana. Walaupun banyak keje. Alhamdulillah.

Hari bahagia bakal tiba. Lagi 2bulan lebih. Persiapan ada lagi yang belum selesai. Arap sume berjalan lancar. Amin..
8 May 2011 - PreWed Shoot

Tak sabarnya...... Hehehe... Baju tak de lagi. Casual suda. Tak sempat nk survey bridal kat KL nih. Kalo tak boleh berpakaian pengantin. Tak kisah pakai cane pon janji comel. Kan...... 

Bersama bakal suami, dihari bahagia kak eQa n abg hairul :)

Ada masa lapan nanti, cik elin update lagi Okei.


Wassalam...

Friday, March 25, 2011

Check List !

Salam...

Check list ape tu cik elin?.. Hihihi.

Sambil menunggu ucu sampai, cik elin sesaje wat check list untuk hari bahagia nanti. Banyak dah settle, cuma ada yang PENTING masih tertangguh. Tapi akan settle dalam masa terdekat nih. Uhukss. Kalo duk Klate leh wat persiapan dengan jayanya. Ni sebab keje, susah nak dapat cuti. Mama yang amik alih sume. 

 3months&3weeks majlis akan berlangsung.

Check List ;

- kursus kahwin (9/10 Apr)
- kad jemputan 
- pelamin
- catering
- khemah
- baju (akad,sanding,tadang,outdoor)
- baju pre-wed
- makeup
- doorgift rombongan
- doorgift tetamu
- fotographer 
- hantaran 

Bila mau settle sume ni ye. Bila majlis berlansung settle lah sume nih kan. Tak lama dah. Moga sume berjalan lancar. Amin. Weekend depan nak ke Nilai. Survey apa-apa yang patut. Hihihi.


Wassalam...

Waiting for ucu :)

Salam...

Ucu otw ke Kuala Lumpur. Petang ni, lepas keje, acik jemput ucu kat Hentian Kajang. Nasib baik tak naik flite kan ucu? Kalo tak, sesat acik cari jalan ke sana pulak. Hehehe. Semoga selamat perjalanan. InsyaAllah. Amin.

Ucu, malam nih, abe ekal ajak makan char kuey tiow. Yummy-yummy. Jom. Bestnya...... Acik pulak yang lebih-lebih. Esok banyak program yang kami plan. Ke sana ke sini. Yeah. Abewe dan Kak Ina pon ada sama. Juga tak sabar nak jemput orang jauh di KLIA. Sapekah?... Nanti kita story-mory okei.


Wassalam...

Tuesday, March 22, 2011

3months 3weeks & 3days

Salam...


Cepat sungguh masa berlalu. Lagi 3 bulan lebih kami akan bertukar status. Semoga sumuanya berjalan dengan lancar. Banyak benda lagi belum settle. Bukan senang nak kawen nih. Macam-macam kena pikir. 

Okei mau beradu dulu. Berjalan jauh arini. Nanti bila free, cik elin akan update blog ye ;)
Wassalam...

Thursday, March 17, 2011

Alahai elite ku !

Salam...


Sedih melihat kan kesan tak lawa tu kat elite cik elin. Tak tahu lah keje sape. Isk. Rasa marah menguasai diri. Dah la elite wane putih. Terang-terang nampak kesan degil tuh. Entah bila boleh pegi comelkan balik. Tak ada masa. Dalam gambar tak nampak sangat, kalo tengok depan-depan, sangat terserlah kesan DEGIL tuh.

Kepada yang berkenaan, jaga kereta kamu elok-elok ye. Nanti ada kesan degil cam elite cik elin pulak. Baru la tau perasaan tuan kereta yang anda 'sesek' tuh. Tak nak bayar tak ape, asalkan minta maaf saje. Tak suka!!!!!!!!!!

Sabo je lah cik elin ye. 

Blackie En ekal dah lawa, elite cik elin pulak hilang ke-lawa-an. Uhuksss.


Wassalam...

Blackie En Ekal ke ni ;)

Salam...

Oh sungguh tidak cik elin duga blackie En Ekal sudah bertukar wajah. Smart gitu. Ala-ala Mitsubishi. Tuan nye pom senyum memanjang. Puas hati kata ngan blackie beliau. Nak test drive boleh tak mucuksss? Hehehe. Mengade sungguh cik elin nih. Kihkihkih.

Wajah terbaru blackie En Ekal ;


Cik elin belum rasmi lagi nih. Weekend ni ye. Bawak pusing bandar Kuala Lumpur. Okei En ekal? Vroom...vroom... Pic belakang tak sempat nak snap. Lain kali ye kawan-kawan. Tak sesuai dah la ngan cik elin pasni untuk menjadi pemandu blackie ini. Hehehe. Lagi lah best. Duk sebelah jadi boss saje.
Mucuksss - Senyum panjang la ye arini. Hehehe

Wassalam...

Tuesday, March 15, 2011

Haiyan & Hanan . Acik rindu !

Salam...

Tadi ucu kol, lama juga kami berborak. Jauh kan. Lepas rindu. Setiap hari kami berborak. Tak abis cite. Hehehe. Cite yang selalu bualkan, kisah 2 beradik ni lah. Haiyan dan Hanan. Rindu sangat. 

Haiyan ;



Hanan ;

Lepas rindu, tengok pics saje. TQ ayah wu dan ucu, selalu MMS pics tomam-tomam acik. Ngan hanan, acik tak penah bersua muka lagi. Wah, sangat lah tak sabar mau pulang bila mereka berdua dalam kerinduan acik.

Nanti acik wat kelikss adioh deh. Hehehe.
Rindu !!!

 Wassalam...

Kisah kasut tumit tinggi .

Salam...

Al-kisahnya, weekend lalu keluar ngan en ekal. Katanya, jom pegi mana-mana kedai kasut, mau belikan cik elin kasut setinggi 5". Uhuksss. Tingginya. Cik elin tanya, nak pakai bila nya kasut tu. Untuk akan datang jawab beliau. Kena biasakan dari sekarang. Nanti dah biasa okei lah. Ohh. Terkejut juga tengok ketinggian kasut. Memang tinggi. Selalu duk pakai yang 2" pon sakit abis kaki ape. Ni yang 5".
Ni lah salah satu contoh kasut 5". Takut nak pakai. En ekal dah belikan saya sepasang kasut berinci sedemikian. Okei, cik elin berbaik-baik lah anda dengan itu kasut ye. Praktis slow-slow. Nak tak nak, kena pakai juga, kemahuan bakal suami kan. Okei abg mucukss, cik elin akan cuba sehingga berjaya ye. Hihihi. Tinggi lah cik elin pasni. Mesti........ :)

Luv u sayang --- en ekal
Wassalam...

Sunday, March 13, 2011

Weekend yang padat .

Salam...

Uikss. Penat sungguh weekend nih. Janji ngan en ekal mau beli barang. Tapi minggu ni cuma cuci mata, survey harga dulu. InsyaAllah next week baru beli barang. Penat sungguh. Survey dari kedai ke kedai. Seronok sampai lenguh kaki. Hehehe. En ekal juga bersemangat. Cik elin biasa saje.

-- Semalam kak ipar, Kak Ina admitted kat Hospital Az-Zahrah, kat Bangi, masalah kandungan. Pagi tadi baru discharged. Alhamdulillah selamat sume. Cuma tak ada rezeki lagi kali ini. InsyaAllah next time ye Abewe dan Kak Ina. Elin doakan yang terbaik. Jom balik Klate nextweek sesama. Hehehe. --

Topik baru ;


Uhukss. Akhirnya jumpa juga ini majalah. Macam susah je cik elin cari majalah ni? Hehehe. Yup, banyak kedai jugak cari, tadi pegi Alamanda, jumpa dan terus beli. Kebetulan pula edisi pengantin bertudung. Sesuai sangat lah kan. Macam penting je..... Hihihi. Yup, sejak akhir-akhir nih, sangat perlu akan majalah nih.  Mau lihat design baju terbaru. Buntu fikir mana yang nak. Jap lagi nak telaah betul-betul ini majalah. Kui-kui-kui. Nak amek exam ke cik elin? Kihkihkih. 




Suka pelamin itu. Tapi yang pasti cik elin tak buat yang camni. Yang biasa-biasa saje. Ikut bajet yang ada. Asalkan bersesuaian dengan majlis kita. Mama yang pilih sume, cik elin setuju. Pilihan mama pilihan yang tepat. Yeah! Tak sabar lah mau survey barang-barang ngan mama. Sebulan  dah kat bangi. Cam setahun je. Hehehe.

Okei. Mau rehat dulu. Penat tapi seronok.
Wassalam...

Friday, March 11, 2011

Here Friday comes .... Yeyeah !

Salam...

Wah suka sangat cik elin ye. Hehehe. Mana tak sukanya. Setiap kali Friday, kawan-kawan pon mesti suka-suki kan. Ari last keje setiap minggu. Esok nya weekend. Berjalan sakan lah. Uhuksss. 

Minggu nih, ingatnya nak balik Melaka umah Abewe. Disebabkan ada jualan murah di sekitar shopim complex, tak jadi lah ke Melaka. Time ni lah nak cari barang-barang untuk majlis akan datang. Jimat kos. Hihihi. Bukan berkira, cuma banyak benda lagi nak kena keluar duit. So, elok lah kita berjimat cermat kan. En ekal pon setuju :)

Tunjuk muka sket ;

  Rindu elite !

Esok cik elin ajak en ekal ke bandar Kuala Lumpur. Mau cari itu tudung. Dah jumpa kedainya. TQ ye Kak G. Hehehe. Kalo ikutkan tak mau beli lagi, tapi sekarang musim cuti sekolah, harga pon sangat murah. Kena beli dulu lah. Kan kalo tak beli, next time harga pulak mahal, memang cik elin tak beli dan akan menyesal. Uhuksss. Then, en ekal juga mau cari/beli itu barang yang belum jumpa sebelum nih. Shopim sakan ye kamu berdua esok. Untuk hari penting saja kan. Bukan selalu pon. Kan..kan..kan.. 

Next weekend, ada jualan mrah lagi. Kot-kot minggu ni tak abis lagi shopim, kena sambung pulak next week. Banyak benar barang nak shopimnya. Yesss, masa tak banyak dah. Kena cepat-cepat lah. Masa tak tunggu kita. Lagi dua minggu, kami kena hadirkan diri ke KURSUS. 

Balik kampung hujung bulan ni lah. Weekend kami sangat padat sekarang. Semoga dipermudahkan segala urusan olehNya. Amin.


Wassalam... 

 

Wednesday, March 9, 2011

TQ sayang :)

Salam...

Perut sudah kenyang. Tadi keluar makan malam ngan bakal suami, en ekal. Biasanya kami jumpa hari minggu saje. Tapi, disebabkan kad ATM ada padanya dan cash dalam purse ada RM15 sahaja, beliau terpaksa datang ke Bandar Baru Bangi. Cik elin dah cakap cukup lagi itu pitisss, sebab duk umah masak saje. Katanya kot-kot ada emergency. Tima kasih ye sayang. Susah payah datang dari BBK ke BBB. Hampir sejam juga lah perjalanan. 

Tukar topik ye, mau cerita kisah weekend lalu :)
Kami ke Wangsa Walk, ada karnival kahwin untuk bakal pengantin. Saje kami ke sana, mana tau ada barang atau lain-lain yang boleh kami survey. Al-maklumlah masa tak banyak dah. Persiapan pon tak banyak lagi kami buat. Pergi sana sekadar mau cuci mata, lastnya jumpa booth fotographer. Pakej sangat berpatutan. Dengan contoh pics yang menarik. En ekal buat keputusan untuk tempah kat sini. Harap group mereka dapat buat yang terbaik untuk majlis kami nanti. 
Ini dia, pic galokss cik elin di luar Wangsa Walk sambil en ekal membuat keputusannya untuk memilih apa yang terbaik ;




Pics cik elin saje. En ekal tak ada ke? Hihihi. Beliau tak bape suka bergambar. Cintanya saje yang galokss bergambar. Kan cik elin. Hehehe. Oh tidak sabar untuk shoot .......... nanti. Gelenyasssssss!!!


Wassalam...

Monday, March 7, 2011

Minta pertolongan ;)

Salam...



 -- Kepada sesape yang terbaca entri saya nih dan tahu kat mana boleh dapat tudung sebegini, boleh tinggal komen tak? --

Sangat perlukan bantuan. Tak tau nak cari kat mana. Uhuksss. Berkenan sungguh tengok aida ni pakai. Comelkan.

Terima Kasih :)


Wassalam...

Snowalk i-City .

Salam...

Hari minggu lalu, Ucu, adik cik elin datang sini. Berjalan sakan kami 2 hari. Hihihi. Jumaat malam, cik elin n en ekal bawak ucu jejalan ke i-City. Best........... Mau tengok pictas kami kat snowalk i-City? Hehehe. Tapi tak banyak pon. Gambar terpilih saje ye. Sebab pic yang comel-lawa ada ngan ucu. Lupa mau copy and paste. Hihihi.

Wah, pandai ucu guna nikon. Comel jadi pic acik. Hihihi

Ucu bersama bakal en ekal. Oh sory ye, acik tak reti snap pic. Uhukss.

Ucu..... missssss u......

Cik elin & en ekal. 

Mana pic yang blur, sume cik elin yang snap. Sejuk sangat, sampai jari pon keras nak tekan button kamera. Terketar-ketar jadinya. Kui3. Maaf ye atas kesulitan itu. Hehehe. Alasan je cik elin kan..kan..kan..

Ucu, nanti upload itu comel-lawa pictas kita ye. Nanti, mai KL lagi. Acik boring. Uhuksss. Boleh makan-makan dan shopim sesama lagi. Sogo, Alamanda. Banyak lagi tempat nak shopim nih. Hihihihi. 


Wassalam...

05032011 - Hanan Umaira .

Salam...

Salam sekalung tahniah kepada kakak tercinta, Kak Za dan suami-Abe Ayie. Alhamdulillah beliau selamat melahirkan cahayamata kedua. Baby girl comel-montel seberat 3.8kg. Patut la comel saje kakak cik elin time preggy second baby. Hihihi.

 Hanan Umaira Binti Hazufri
5 Mac 2011
7.25 pm
3.8kg
KBMC

 Mohd. Haiyan Iffat bersama adiknya, Hanan Umaira.

Muka mereka sama masa dilahirkan. Acik pulak tak sabar nak balik kampung. Mau bersua muka ngan anak sedara baru. Geram nak cubit pipi comel. Wah. Sungguh tak sabar. Nak balik!!!!!

Mama, suh balik akhir Mac atau awal April. Lambat sungguh hari berlalu. Kata mama, sambil buat persiapan apa yang perlu. Betul juga, kalo balik awal, mama bz lagi ngan baby dan kakak berpantang. Nak keluar pon mungkin tak sempat. Cik elin tak boleh sabar dah nak balik kampung. Rindu family juga ahli keluarga baru yang tomey itu.
P/s : Ucu, balik Klate nih, amik banyok pic. 

Wassalam...


Tuesday, March 1, 2011

Mac kembali lagi .

Salam...

Cepat sungguh masa berlalu. Baru sekejap je rasa masuk tahun 2011. Ni dah Mac 2011. Oleh yang demekian, hari tersebut juga makin hampir. Nanti bila dah dekat waktunya cik elin akan story-mory ye. Yeay!

Tak ada apa yang istimewa hari ini. Biasa lah hari keje, penat lah sket. Balik keje tadi, tido jap, then masak untuk makan malam nanti. Wah..... Cik elin dah pandai masak ke? Hihihi. Boleh la. Yang simple saje. Masih dalam proses pembelajaran lagi. En ekal mesti suka kan cik elin masak-memasak. Nanti bila sampai waktunya, boleh lah rasa masakan cik elin. 


Gambar di atas sekadar hiasan saje. Rindu nak makan colek-molek kat PCB. Time ni en ekal dan kawan-kawan ke Kelantan. Cik elin bawak makan kat sini. Best sangat. Ntah bila boleh balik kampung. 

Rindu sumuanya!


Wassalam... 

Monday, February 28, 2011

;)

Salam...

Uhuksss. Sekarang nih jarang sungguh saya meng'update' ini blog. Bukan tak ada masa, cuma malas sedikit. Hihihi. Kerja di KL nih sangat lah merasa kepenatan. Nak-nak waktu balik keje. Tuhan saja yang tau. Kalo duk kampung, balik keje ada family, hilang juga penat. Sekarang duk umah sewa, balik keje, tak ada sapa nak hilangkan penat saya. Rindu family so much. 

Semalam bday mama yang ke-57. Semoga mama diberikan kesihatan yang baik olehNya. Kalo ada kat kampung, leh celebrate ngan family. Tahun ni, wish melalui tepon saje.

Nak tunjuk-menunjuk pictas dinner bersama family di Syam Restoran CNY lalu, sebelum saya mula kerja di sini ;






Sedap sungguh makanan di sini. Nanti mau makan-makan lagi lah kat sini. Hihihi. Tima kasih Abewe kerana sudi belanja kami makan malam. Next, sapa pulak yang mau belanja makan? Hehehe.

Okei tiba masa rajin, saya update ini blog lagi ye. Yeyeay!
Wassalam...

Sunday, February 20, 2011

Masa yang singkat .

Salam...

Apa maksud tajuk di atas tu cik elin.
InsyaAllah, saya akan cerita ye kawan-kawan.
Sekarang sibuk survey itu ini. Masa tak banyak dah.
Semoga dipermudahkan segala urusan.
Amin.
Wassalam...
 

Monday, January 31, 2011

Syukur...Alhamdulillah...

Salam...

Syukur ke hadrat Ilahi dimurahkan rezeki. Hari ini saya terima dua (2) berita gembira. Sungguh tak sangka. Yang sangka tak dapat rupanya dapat dan sebaliknya. 

Dah dapat dua (2) gembira nih sukar untuk buat keputusan kan. Satu dapat yang jauh dan satu yang dekat. Tapi saya dah ada kata putus. InsyaAllah keputusan tersebut adalah tepat dan terbaik untuk diri saya. Semoga dipermudahkan segala urusan olehNya. Amin Ya Rabb. 


Sedia untuk belajar dan menuntut ilmu baru. Tapi agak takot. InsyaAllah sume akan okei dan okei. 


Wassalam...

 

Sunday, January 30, 2011

.....lagi.....lagi dan lagi....

Salam...

Tak abis yang jauh, kali ini yang dekat pula. Penat. Tapi wajib pergi. Semoga dipermudahkan segala urusan. Harap rezeki menyebelahi saya kali.
Usaha + Doa + Tawakkal

InsyaAllah. Jalaninya dengan tenang. Amin.
Mengharapkan yang terbaik. Mama dan abah doakan elin ye.


Wassalam...

Friday, January 28, 2011

Berkenal - kenalan ngan bakal sedara mara .

Salam...

Kisah bulan Disember tahun lalu juga, waktu kenduri-kendara kak eQa. Hehehe. Masa ni lah saya berkenal-kenalan dengan sedara mara belah mak en ekal. Sebelum ni dah kenal juga dengan sedara abah beliau. Alhamdulillah saya disambut baik oleh ahli keluarga beliau. Wahh. Terharu sangat. Lagi-lagi dengan sepupu-sepupu beliau. Best !

 Entah bila akan jumpa mereka lagi. InsyaAllah panjang umur ketemu lagi. Ke time cik elin&en ekal kawen. Hehehe. Sekarang nih, mulut suka sebut, jari suka taip word KAWEN je. Biasa lah umur dah makin meningkat, kawan-kawan pon ramai dah yang kawen dan akan berkawen. Yang dah ada baby pon ramai. Kan en ekal. InsyaAllah jodoh berpanjangan. Doakan kami. Amin.

Dah masuk topik lain dah tu cik elin oiii. Hihihi. Banyak pic kenang-kenangan kami bersama tempoh hari. 

Pictas kami KL - PUTRAJAYA - SHAH ALAM ;











1) Cik elin bersama Kak eQa.
2) En ekal bersama baby Julita Aisyah (comelkan nama baby).
3) Cik elin bersama Iylia (adik en ekal no 3).
4) Cik elin bersama Lela (adik bongsu en ekal).
5) Tok Wan (Atok en ekal).
6) Cik elin bersama Jehaa (sepupu en ekal, now, tgh berchit-chat ngan beliau).
7) Kami kat Times Square.
8) Kami kat i-City.

Banyak lagi picta kami. Boleh tengok kat facebook saya ye. Ehee. Sangat gumbira kenal dengan sedara mara en ekal. Baik-baik belaka. Tapi sifat malu saya tetap ada. Uhukss. Wahwahwah. Sungguh rajin cik elin berblogging ye. Well... Hihihi. 


Wassalam...