Sunday, June 19, 2011

Selamat hari bapa Abah .

Salam...

Ahad - 19 Mei 2011
Hari Bapa Sedunia.

Selamat Hari Bapa buat abah tercinta. Semoga dipanjangkan umur, murah rezeki serta mendapat keredhaan Allah SWT selalu. Amin. 
Love abah so much!!!!

Terima kasih atas dorongan, tunjuk ajar, nasihat, teguran, semangat, pengorbanan dan segalanya yang diberikan selamanya. Tak terbalas jasa abah dan mama juga. 
Mula hari ni sibuk la ye mama dan abah. Nak edarkan kad jemputan ke rumah sedara mara dan sahabat. Cik elin tak dapat ikut sebab jauh. Terima kasih sekali lagi. Elin doakan semua berjalan dengan lancar. InsyaAllah. Amin.


Wassalam...

Perutusan Raja Sehari l Syazlin & Heikal l

Salam...





Dengan penuh kesyukran kepada Allah SWT, sukacitanya saya dan pasangan menjemput dan mempersilakan rakan-rakan ke Majils Perkahwinan kami.

Semoga dengan kehadiran dan doa restu hadirin akan menyerikan lagi majlis kami dan dirahmati-Nya.

InsyaAllah. Amin Ya Rabb. 
Wassalam...

Friday, June 17, 2011

4minggu lagi nak jadi PUAN !

Salam...

Tak kurang sebulan lagi cik elin nak bertukar status. Sungguh cepat masa berlalu. Tak percaya. Tapi realiti. Persiapan so far, alhamdulillah. Tapi family kat kampung yang bertungkus-lumus. Cik elin kat sini bertanya khabar saje. Maklumlah jauh. Terima kasih buat family yang tersayang.
Ramai yang bertanya, 'cik elin dah ready ke nk jadi wife?' Jawapan nya, 'insyaAllah dah, cuma agak takot'. Tak tau kenapa makin dekat majlis makin takot pula. Mungkin persaan saje kan. En ekal dah ready nk jadi husband? Hehehe. Hope semua okei. Amin.

Dah hampir ke majlis dah. Cik elin nk 'tayang'lah pics prewed. Mungkin ramai yang dah tgk kt fb kan. Tak pe lah, tengok sini pula. Hihihi.

Comelkan fotografer edit dan snap pics. Nama pon fotografer. Hihihi. Tak sabar nak bergambar di hari bahagia nanti. Hehehe. Posing sampai penat. Janji kena pakai lawa-lawa. InsyaAllah.
Bila kad dah siap scan semua, cik elin update lagi ye. Kepada kawan-kawan yang dah bagi alamat terima kasih. Next week elin poskan. Mau beradu dulu penat. Balik keje tadi terus bertolak ke Melaka ;)


Wassalam...
 

Sunday, May 8, 2011

080511 - PreWed Shoot .

Salam...

 Harini shoot untuk prewed. Lokasi kat Putrajaya. Penat tapi seronok. Fotographer yang sungguh spotim. Shoot tak lama pon, 2 jam saje. Sebab cuaca sangat panas, jadi sangat penat. Tak puas posing. Tunggu wedding nanti lah. Leh snap banya-banyak. Tak sabar. Hehehe. 

En Ekal pon spotim hari ni. Biasa tak suka bergambar. Ni manis saje senyumannya. Hensem gitu. Uhuksss. Mood sekarang, tak sabar tunggu mereka edit pics tadi. Harapnya comel lah. Ucu pon ada snap guna nikon kami. Nanti cik elin upload bila dah bersedia ye. 

Posing 2 jam saje, tapi penat sampai malam. Sebab cuaca dan sebab pakai kasut tinggi. Hehehe. Rasa macam princess je. Jadi tumpuan ramai. Pakaian casual. Ingat nak pakai baju pengantin. Tapi tak sempat nak survey. Uhuksss.
Casual pon tak apa asalkan comel. Comel ke? Tunggu pics dari mereka okei. Tak sabar. Tunggu......... ;)


Wassalam...

Hanan acik makin comel .

Salam...

Sebulan dah kat Meru, Klang. Balik kampung sebulan lepas. Rindu anak sedara Haiyan dan Hanan. Haiyan selalu juga cakap-cakap melalui tepon. Hanan kecik lagi. Tengok pics saje. Comel acik tu pon dah masuk 2 bulan 5Mei lalu. Berat dah 6kg. Baru 2 bulan. Bulan depan acik balik bape kg pulak naik. 
Rindu nak sayang muah-muah dia, nak riba dia, nak peluk cium dia. Macam-macam lah. Rindu haiyan juga. Nak bawak pegi main buai. Bulan depan ye comel-comel acik balik. Sambil nak wat persiapan kawen.

 Bulat gotte tomey acik nih. Muuaahhh..

Selamat Hari Ibu juga buat Mommy Haiyan & Hanan, Kak Za. Jadikan mama sebagai idola untuk jadi ibu yang baik. Comel cam acik anak-anak anda. Hehehe. 

Okei, nanti cik elin update lagi ye. Mau keluar ke pasar malam jap. Mencari juadah makan malam. Lapar. Uhuksss.


Wassalam...

Selamat hari ibu Mama .

Salam...

Mei.... Hari Ibu & Hari Guru..

Sempena hari ibu ni, elin nak ucapkan Selamat Hari Ibu buat Mama tersayang lagi tercinta, Puan Hjh Che Zainun Binti Zakaria. Terima kasih atas segala pengorbanan, tunjuk-ajar, nasihat, teguran, kasih-sayang dan segalanya yang diberi selama 23tahun elin di muka bumi ini. Jasa mama elin tak akan lupakan sampai bila-bila. 

Elin doakan semoga mama juga abah dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki serta diredhai Allah SWT selalu. Amin. 

Bulan Julai ni nak jadi isteri En Ekal dah. Lagi jarang lah balik kampung. Raya pon tak setiap tahun beraya di Klate untuk 1 Syawal. Akan merindui mama. Uhuksss. Doakan elin berjaya dan bahagia selamanya. Amin.


 Love mama so much!!!!!!!

Tak ada pic bersama yang terbaru. Ni masa konvo degree November tahun lalu. Bulan Julai nanti banyak lah. Heheheh.
Wassalam..

Saturday, April 30, 2011

Selamat Pengantin Baru Puan Shema & En Nizam.

Salam...

Entri ni khas buat pengantin baru Shema dan suami. Moga berbahagia dan berkekalan hingga ke Syurga. Amin. Cepat-cepat dapat baby ye. Hehehe.
Esok dah sebulan ye Puan Shema bergelar isteri. Alhamdulillah. 





i ) Pic masa bertunang.

ii ) Hari bahagia mereka.

Semoga happy selalu ye. Hari bahagia kami jemput datang ye. 



Salam...
 

- 300411 -

Salam...

Last day untuk April 2011. Esok masuk bulan Mei. Minggu ni cuti sampai isnin. Sebab ganti untuk Hari Pekerja. Tapi tak dapat balik kampung. Sebab hari nih cik elin keje. Rindu family so much. Haiyan dan Hanan mesti rindu acik kan.........
Hari ni tak ada istimewa melainkan keluar makan-makan bersama bakal suami. Nasib baik en ekal ada kan. Kalo tak sunyi cik elin cuti 3 hari. Ingat nak ajak beliau ke Jalan TAR. Mau cuci mata. Hehehe. Boleh beli selendang banyak-banyak. Uhuksss.

 Smile ;)

Ngantok, mau beradu dulu. 
Salam...

Friday, April 29, 2011

2months 2weeks & 2days...

Salam...

Makin hari, makin hampir ke hari bahagia kami. Perasaan happy dan takot menguasai diri. Persiapan dah hampir 60%. Bulan depan balik kampung buat ape yang patut. Kesian mama dan abah kena uruskan hal nikah-kahwin saya. Tak terbalas jasa kalian.

Minggu ni sambung membeli apa yang belum cukup. Ntah bila nak cukup ni cik elin. Hehehe. Biasa lah selagi tak sampai majlis tu, selagi itu lah tak cukup. Uhuksss. Harap sume berjalan lancar. Amin. 


   


Salam...

Sunday, April 24, 2011

April...

Salam...

April dah kan? Dah nak sampai penghujungnya pon. Cepatnya masa berlalu. Oh bulan ni cik elin mula kerja tempat baru. Company jepun. Bos pun hensem. Hehehe. Sangat seronok di sana. Walaupun banyak keje. Alhamdulillah.

Hari bahagia bakal tiba. Lagi 2bulan lebih. Persiapan ada lagi yang belum selesai. Arap sume berjalan lancar. Amin..
8 May 2011 - PreWed Shoot

Tak sabarnya...... Hehehe... Baju tak de lagi. Casual suda. Tak sempat nk survey bridal kat KL nih. Kalo tak boleh berpakaian pengantin. Tak kisah pakai cane pon janji comel. Kan...... 

Bersama bakal suami, dihari bahagia kak eQa n abg hairul :)

Ada masa lapan nanti, cik elin update lagi Okei.


Wassalam...