Friday, September 10, 2010

Salam Aidilfitri.

Salam... 

Alhamdulillah. Semoga bertemu lagi Ramadhan tahun depan. InsyaAllah. 

Salam Aidilfitri. Maaf zahir dan batin. Semoga lebaran kali ini lebih baik dari tahun sebelumnya buat anda semua. 

Dah 1 Syawal ye. Hari raya pertama pon dah penat. Beraya sana-sini umah sedara mara. Yang bestnya, dah keje pon dapat pitis raya lagi. Makanan pon pelbagai jenis ada. Setiap rumah lain menu. Kenyang. Syukur. Rezeki tak boleh tolak. Ehee. Esok, InsyaAllah sambung beraya ke rumah sedara mara yang belum sempat tadi dan kawan-kawan. Kalo tak abis beraya esok sambung hari seterusnya. Kata cuti seminggu. Boleh tahan nak ke mana saja lah cik elin ye. 

Jemput lah kawan-kawan blogger datang ke rumah. Mana yang dekat lah. Yang perantauan susah lah kan. Rumah kami sentiasa terbuka untuk semua. Tapi duit raya untuk kanak-kanak saja. Ehee.

 Uhukss. Mata dah ngantok. Mau beradu dulu lah. Esok kena bangun awal, tolong mama prepare makanan dan apa yang patut untuk hidangan bakal tetamu yang akan beraya.  
Wassalam... 

No comments:

Post a Comment